Bagaikan Matahari

Tuesday, 2 September 2014

SETIA #2 (2/9/2014)

(2)

Sambil berperang dengan nafsu mengantuk, sambil itu aku menongkat dagu yang ada janggut sejemput. Subjek tengah hari itu adalah Sejarah. Aku paling menyampah dengan subjek itu. Membosankan. Setiap kali Cikgu Syamil masuk, mesti aku akan menguap seakan-akan kehadirannya akan menyebarkan spora yang boleh menyebabkan orang mengantuk. Nak kata aku tak suka sejarah tak juga. Aku hanya tak suka dengan subjek itu. Aku suka sejarah yang asli. Cuba kau buka buku teks sejarah kau. Ada ke patut gelar pejuang-pejuang Islam di zaman British sebagai pengganas? Sama saja dengan isu di Palestin. Orang yang tak bersalah juga dianggap pengganas. Sial betul. Aku pantang kalau ada orang cuba memperlekehkan orang Islam yang berjuang pada zaman dulu. Aku percayakan Islam. Tapi, aku sendiri tak mengamalkan ajaran Islam sangat. Cakap saja lebih. Tapi itulah. Aku golongan yang suka mencari Islam, tapi tak tahu nak amalkan dan aku nak mencari golongan agamawan untuk membantu aku. Namun mereka tidak mendekatiku, hanya mengherdikku. Typical of Malay Muslims.

Hari itu mendung. Aku boleh nampak cahaya matahari yang cuba menyelit keluar dari perut awan yang gemuk itu. Cantik. “Kejap lagi hujanlah tu,” ada suara yang menyapa. Aku tersenyum gembira dan menunduk. “... Safwan”

“Aku laparlah. Aku harap mak aku masak ayam goreng. Especially bahagian peha. Pergh! Sedap sial kalau dapat ratah,” kata Safwan lagi.
“...” aku tak mahu cakap apa-apa. Malas nak layan.
“Kau ni dah kenapa? Senyap dengan aku. Selalu kaulah yang paling hyper”
“...” aku senyap lagi “Kau tak risau ke?”
“Apa?”
“SPM dah nak dekat... ” dipintas.
“Tak. Buat apa nak takut dengan exam? Biasa-biasa...”
Aku sampuk “Bangang! Kau bagilah aku habis cakap, sial!”

Safwan terdiam. Makcik yang menjual keropok lekor di tepi jalan tersentak melihat aku. Safwan hanya senyum kepada makcik itu. Aku pun tersenyum kambing. Tak perasan dia ada di situ. Makcik tersebut nampak macam risau, mulutnya ternganga. Kenapa? Cakap pasal keropok lekor, aku jadi lapar. Perut pun berkeroncong. Tapi kelaparan aku terbendung dengan isu yang aku khuatiri. Aku menghela nafas, “Aku tak takut SPM. Tapi aku risau kalau lepas ni aku masuk U, aku nak kawan dengan siapa?”

Safwan tertunduk. Sayu, pilu. “Kau... nak masuk U?” Aku mengangguk. Memang impian aku nak masuk universiti. Aku nak tolong mak ayah aku yang sering diganggu dan diugut dengan anak haram si Pakcik Man. Babi betul. Suka sangat mengacau konsentrasi aku ketika di rumah. Mak ayah aku selalu bergaduh pasal duit. Ayah aku suka sangat berjudi. Itu yang dia pinjam duit pada Pakcik Man. Tapi dia mulia sebab dia tak pernah minum arak macam kawan-kawan dia yang lain. Mak aku pula bekerja sebagai pembantu rumah di rumah orang kaya di dalam kampung ini. Auntie Julie namanya. Baik. Selalu bagi aku duit kalau aku terserempak dengan dia. Tapi faham-faham sajalah kalau ayah aku dapat tahu. Duit itu akan dijudinya. Dah dibayar kepada Pakcik Man, akan meminjam lagi, dijudi lagi, habis lagi, pinjam dan judi lagi. Sabar Hilman, sabar.

“Kalau kau masuk U, aku pun nak masuk U jugalah!” kata Safwan keriangan.
“Kau nak ikut aku ke? Macam mana kalau kau dapat kat tempat lain?”
“Aku tukarlah”
“Boleh ek?”
“Boleh kot? Entah. Tukar sajalah!”

Cakap macam pandai tapi bodoh tahap keparat. Tapi aku sayang dia. Dia selalu bersama dengan aku. Dia sudah seperti abang kandung aku. Aku teruskan perjalanan bersama Safwan tanpa menghiraukan makcik keropok lekor tadi. Kejap. Aku lapar.

Keesokan harinya seperti biasa aku akan ke sekolah menuntut ilmu daripada guru-guru aku. Ada para guru yang aku suka, ada yang tak. Selalunya yang aku tak suka itu kerana mereka suka mengajar dengan jenaka-jenaka bodoh. Aku suka belajar dengan serius. Aku suka guru yang tegas. Aku tak tahu kenapa. Ada juga aku beritahu kepada guru Sains aku, Cik Farah, yang memang tegas orangnya. Dia kata aku unik sebab lain daripada yang lain. Selalunya guru-guru yang lawak dan tak serius akan disukai ramai. Terlampau tipikal bagi sikap para guru dan ustaz Melayu. Mungkin betul. Aku unik. Aku special.

“Hilman, petang ni kami nak gi CC. Kau nak ikut?” tanya rakan sekelasku, Karim.
Aku pandang muka dia dengan ekspresi yang natural. “Tak kot”
“Kau ni dah nak habis sekolah pun masih tak nak bergaul dengan kita orang,” sampuk Haliza.
“Aku suka berseorangan”
“Nanti nak masuk U susah weh! You kena banyak bersosial dengan lecturer tau? Kalau tak susah you nak skor,” sibuk betul mamat pondan ini.
“... Diamlah Saufi”
“Sofielah! Choi!” dia menyentak. Pergh. Nama. Teruk betul zaman sekarang ini. Aku tak tahulah kenapa dia nak tukar jantina. Tak cukup-cukup lagi ke dengan apa yang Tuhan dah kurniakan? Nak tukar fitrah kenapa? Ya, mungkin ada yang akan membantah kata golongan tersebut kena cabul atau apa-apa adegan yang aku tak nak sebut di sini, tetapi kau kena faham bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Kalau setakat kena cabul, aku setiap hari dengar tengking jerit mak dan ayah aku. Tak ada pula aku bernafsu nak tukar jantina. Ke itu tidak dikira sebagai pencabulan? Entah.

Petang itu mereka ke CC. Aku tetap dengan pendirian aku. Tapi kau lupakan tentang frasa aku yang mengatakan aku suka berseorangan itu. Aku ada Safwan. Dia tahu yang aku tidak suka bergaul dengan budak-budak kelas aku terutama dengan Saufi, err... Sofie. Namun jangan kau guna penulisan aku sebagai alasan untuk tidak mendekati golongan-golongan seperti dia. Kau kena ubahkan mereka. Kalau tak seratus peratus, sedikit pun jadilah. Janji mereka balik ke fitrah mereka. Kesian mereka. Dunia dah nak kiamat. Bantu agama kau, bantu umat agama kau.

“Pah! Paaahhh!” terperanjat aku. Ayah aku mengamuk. Aku dah faham. Mesti dia kalah judi. “Aku nak duit Pah!” Terkedek-kedek mak aku yang sedang memasak di dapur menuju ke arah ayah. Muka dia dihiasi oleh kedutan. Aku jadi sayu melihat mak. Kenapa nasibnya sebegini rupa? Tak apa. Ujian tanda Allah sayangkan kami lagi. Mak aku selalu nasihat aku macam itu. Apa gunanya beriman tetapi tidak diuji? Relevan.

“Pah dah tak de duit, bang. Duit Hilman nak pergi sekolah je” kata makku memujuk.
“Nanti aku bagi lebihlah! Nanti aku bayarlah balik!”
“Udoh le tu abang, oi! Fikir le anak nak sekolah!”

Nasib baik. Selalunya ayah akan naik tangan. Tapi kali ini dia hanya menyerbu ke bilik dan menyelongkar laci-laci mak. Habis terbang tinggi pakaian-pakaian mak aku. Aku tak berani nak buat apa-apa. Safwan kata kalau aku masuk campur aku akan dipukul teruk oleh ayah. Mak pun pernah kena. Tapi dia tabah. Tak macam aku. Pengecut.

“Bang! Duit Hilman, bang! Jangan ambil!” jerit mak. Ayah tidak mempedulikan jeritan mak. Terus keluar. Mak aku masih berpaut pada tangan ayah ingin merebut duit tersebut. Terhuyung-hayang mak dihayun oleh ayah. Aku mengikuti mereka ke luar rumah. Jiran-jiran sudah keluar untuk menjenguk dan menonton adegan dramatik kami. Bukan nak tolong. Babi punya jiran.

Pang! Terpelanting mak ke tanah. Menangis mak sambil mencuba untuk bangun dan kembali berebut. Aku jadi berang. Aku jadi panas. “Okay, aku sarankan kali ni kau kena bantu mak kau. Duit kau tu! Bunuh saja ayah kau tu!” tiba-tiba suara Safwan hinggap ke telinga aku. Aku menjadi lebih bersemangat. Laju kakiku melangkah dan menghayun buku limaku ke belakang kepala ayah. Benak kepala dia. Dia cuba untuk berdiri tapi aku tidak akan benarkan. Aku menyepak belakangnya sehingga dia terguling di atas jalan tar. Ayah terpegun. Tidak sangka yang aku akan bertindak sebegitu rupa. Aku pun terkejut. Mengalir darah dari dahi ayah kerana tersagat pada jalan tar tadi. Safwan sudah bersorak di belakang aku. Macam mana dia boleh sampai ke rumah aku dengan cepat? Oh lupa. Rumahnya di belakang rumah aku.

“Sial punya anak! Kau kena nanti! Kau kena nanti!” jerit ayah sambil mengesat darahnya.
“Pergi mampuslah kau! Kau datang lagi aku akan bunuh kau!” aku balas.

Ayah mengesat mulut dan dahinya dan terus pergi meninggalkan aku dan mak. Mak masih duduk bersimpuh di atas tanah dengan matanya yang terbeliak. Dia terkejut melihat dan mendengar ugutan aku pada ayah tadi. “... Hilman” Jiran-jiran menutup mulut mereka dengan tangan. Pertama kali aku bertindak begitu. Aku kisah apa? Janji mak aku selamat. Selamat dari Syaitan itu. Nama saja ‘ayah’ tapi tidak bertanggungjawab.

Bodoh! Aku terlupa nak rebut duit di tangan ayah! Tak makanlah aku di sekolah esok. Siallah!

No comments:

Post a Comment