Bagaikan Matahari

Saturday, 27 September 2014

SETIA #6 (27/9/2014)

(6)

             Rasanya inilah pertama kali aku melangkah masuk ke dalam kafe siber. Itupun sebab aku bukan lagi pelajar sekolah menengah. Sebelum ini apa-apa urusan yang melibatkan penggunaan internet aku akan gunakan PC di makmal komputer ataupun aku pinjam laptop milik Cik Farah. Sebelum aku ke CC aku ada juga minta tolong pada Auntie Julie tapi dia tiada di rumah. Katanya dia sedang berada di Terengganu bersama Adibah dan beberapa orang lagi. Kenapalah aku sering menyebut nama Adibah? Pelik. Aku ke CC pun bukan sebab mahu main game, tapi aku mahu periksa permohonan UPU aku. Suasana di CC sangat menyedihkan dan menjelikkan. Bau tengik asap rokok mula mengganggu pernafasan aku. Bunyi teriakan para remaja yang telah berjaya menawan Frozen Throne membingitkan telinga aku. Aku tak faham. Perlu ke bergembira atas kemenangan grafik yang bergerak? Aku tersenyum senget. Pada aku, aku nak bentuk masa hadapan aku. Buang masa saja melayan grafik berwarna sedangkan aku boleh menggunakan masa itu untuk melakar strategi masa hadapan aku.

            “Laa. Sini kau rupanya. Penat aku cari kau,” tiba-tiba Safwan menyapa.
            “Aku cuaklah Safwan. Macam mana kalau aku dapat jauh-jauh? Siapa nak jaga mak aku?”
            “Kau jangan risau. Adatlah tu beb. Cepatlah masukkan nombor IC kau tu”

            Baru aku sedar yang aku sudah lama menatap dan terpana pada skrin komputer itu. Ruangan untuk aku menaip nombor IC masih tidak dipenuhi lagi. Itulah masalah aku sebenarnya. Akademik aku cemerlang tapi aku tak ada self confidence dalam diri aku. Senang saja aku berasa risau sebelum aku buat sesuatu benda. Macam SPM hari itulah. Payah untuk aku yakin yang aku akan cemerlang. Nasiblah ada Safwan yang selalu bagi semangat pada aku.

            Akhirnya ruangan itu dipenuhkan. Perlahan-lahan aku menekan pada ikon ‘masuk’. Titisan peluh tampak kelihatan pada dahiku. Jantungku agak kencang. Ada hikmahnya juga internet CC itu lembab. Sekurang-kurangnya dapat beri aku masa untuk menenangkan diri. Tiba-tiba lagu Alice oleh Avril Lavigne bermain di kepala. Satu per satu liriknya aku cuba fahami. Tak kisah apa yang terjadi selepas ini, aku kena hadapinya dengan tabah. Get ready Hilman, you are going to throw yourself into a wonderland. “Sudah-sudahlah kau menyanyi lagu Avril tu. Page UPU dah habis loadinglah ngok!” jerkah Safwan. Terkejut aku. Aku memandang terus ke skrin komputer.

            Aku terkedu. Rasa bersyukur pun ada, rasa risau pun ada. Perasaan bercampur baur.

            Aku ditawarkan untuk sambung belajar dalam bidang Diploma Perguruan Sukan dan Rekreasi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Alamak. Jadi guru! Aku menepuk dahiku yang leper ini. Habislah aku kena hadam dengan PBS! Dahlah isu itu yang paling hangat dalam dunia pendidikan! Mana taknya? Setiap kali aku masuk bilik guru, mesti dia orang akan cakap pasal isu ini. Sama ada dia orang sokong ataupun tak, itu bukan urusan aku pada waktu itu. Tapi sekarang aku pula yang terjerumus dalam bidang ini. Bukan aku tak sedar. Kadang-kadang cikgu aku tak masuk kelas sebab mahu siapkan laporan PBS dia orang. Mampuslah aku nanti. Eh kejap, alhamdulillah dapat sambung belajar (serius kata, orang macam aku patut dihempuk sampai pitam sebab tak reti nak bersyukur. Kalau kau jumpa aku, kau pukul saja. Aku benarkan).

            “Wuu, jadi cikgulah kau nanti,” ujar Safwan mengejek.
            “Diamlah sial! Kau tak tau keperitan aku nanti,” aku balas.
            “Haha. Kau panggil je aku nanti. Aku pasti datang tolong kau”
            “Yalah sangat”

            Aku keluar dari CC dan pergi ke kedai runcit. Bukan nak beli barang tapi di sebelah kedai runcit tersebut ada telefon awam. Aku nak beritahu kepada Auntie Julie yang akhirnya aku berpeluang masuk ke UKM. Mesti dia suka. Pertama sebab itu harapan dia. Kedua sebab dekat dengan rumah aku. Tak adalah jauh sangat. Bolehlah aku balik menjenguk mak aku nanti. Nombornya aku dail. Aku ingat nombor dia sampai ke hari ini. Aku hafal nombor dia dan nombor arwah Dr. Islam. Dah lama aku tak dail nombor arwah. Terasa rindu pula. Agaknya siapa pula yang guna nombor arwah?

            “Assalamualaikum?” ada suara yang menyapa aku. Eh, ini bukan suara Auntie Julie. Suaranya agak lembut berbanding dengan Auntie Julie.
            “Waalaikumussalam,” aku terdengar gadis itu menarik nafas dengan panjang. Mungkin dia tersentak sebab dia tahu yang dia sedang bercakap dengan seorang lelaki. “Boleh tak kalau saya nak cakap dengan ummi, (aku tersasul sebab aku asyik fikirkan tentang arwah Dr. Islam) err... Auntie Julie?”
            “Dia tak adalah. Dia pergi keluar kejap tapi dia terlupa nak bawa fon. Ni siapa ye? Hilman ek?” kata gadis itu.
            “A’ah. Dia pergi mana?”
            “Pergi beli makanan untuk anak usrah dia. Kau nak apa Hilman?”
            “Saya, err... Hilman... Aku nak bagitau dia something. Kau ni siapa pulak?”
            “Adibah”

            Pergh! Adibah rupanya! Aku menelan air liur aku. Aku terasa janggal, rasa macam ada sesuatu yang menghimpit dada aku. Aku jadi gugup bila dengar nama ‘Adibah’.

            “Nanti bila dia balik aku suruh dia call kau ek?” Adibah bersuara lagi.
            “Aku tak de fon. Aku guna public je ni,” aku rasa segan.
            “Public fon?”
            “Asal? Keji ke kalau aku guna public fon?” Woi Hilman! Kenapa kau cakap macam itu? Bodoh kau Hilman! Kau tengah cakap dengan perempuanlah!
            “Ek eleh mamat ni. Aku tak cakap apa pun. Kau nak emo bagai nape?”
            “Diamlah”
            “Diamlah!”

            Aku bukan marah, tapi sikap aku memang macam ini. Suka memberontak. Comel juga dengar suara Adibah marah. Boleh pula kami bertengkar dalam telefon. Yang peliknya dia tak letak telefon. Macam mahu bergaduh dengan aku lagi. Memang sikap perempuan macam ini ke? Suka bertengkar. Aku yang mula dulu sebenarnya. Salah aku juga. Tapi dia tak mahu mengalah. Nasiblah.

            “Dahlah Adibah! Aku nak bagitau dia yang aku dapat masuk UKM. Intake bulan September ni. Aku dapat perguruan sukan dan rekreasi,” aku berkata.
            “Sibuk je kau nak ke UKM. Aku pun dapat kat UKM gak!” seraya Adibah menjawab. Tapi selepas aku dengar nafas dia tersentak, aku boleh agak yang dia terlepas cakap.
            “Kau dapat kat UKM? Amik apa?”
            “... perguruan bahasa Inggeris”
            “Baguslah. Nanti aku jumpa kau kat sana”
            “Siapa nak jumpa ngan kau, gatal!”

            Terus dia letak telefon. Bengang pula aku. Aku nak beritahu Auntie Julie tapi tak diberi peluang pula. Hai Adibah, kau memang nak kena dengan aku. Siaplah kau bila aku jumpa kau di UKM nanti. “Sabarlah Hilman! Dia perempuan kot? Kau nak dendam sangat kenapa?” tiba-tiba Safwan membentak. Okay fine! Biarlah Adibah yang menang. Suka hati dialah nak buat apa pun!

            Tiba-tiba aku tersenyum. Kebahagiaan mula menerbit di jiwa. Sudah lama aku tak tersenyum seikhlas sekarang. “Untunglah dah ada awek. Nanti kau lupakan aku pulak,” Safwan merajuk. “Diamlah Safwan! Dia bukan awek akulah bongok!” aku jerkah Safwan. Pekerja kedai runcit memandang aku seolah-olah aku seorang yang tidak waras. Aku mengangkat tangan tanda sapaan mesra. Aku lupa. Orang biasa tak boleh nampak Safwan. Aku sedar tentang hakikat itu. Tapi kadang-kadang aku terlupa yang sebenarnya aku bercakap dengan diri sendiri, dengan kepala aku sendiri.

            Kadang-kadang aku terfikir apa sebabnya aku berubah sampai jadi macam ini. Adakah kerana pemergian Dr. Islam? Ataupun tertekan dengan masalah keluarga? Ataupun berang sebab dengar kritikan orang tentang aku? Yang pasti, aku seorang yang suka bersendirian. Aku cipta Safwan, tapi aku masih waras. Aku sedar yang Safwan tak wujud. Dia hanyalah kawan imaginasi aku. Sedihkan kisah hidup aku? Aku ceritakan kisah aku kepada kau, aku sebagai karakter fiksyen, kerana aku tahu bahawa ramai lagi insan seperti aku di dunia nyata yang kau sedang duduki itu. Cuma kau buat endah tak endah saja. Buka mata kau. Cari ‘aku’. Kau akan tahu betapa terseksanya jiwa ketika berada di tempat aku. Tapi kau pentingkan diri sendiri. Kau fikir masalah kau saja. Kau tak fikir tentang orang lain. Di dalam dunia kau, apa yang penting pada kau adalah kau, kau dan kau.

Sedar-sedar saja aku sudah berada di rumah, aku berada di dalam dakapan mak aku. Bila masa pula aku balik rumah? Aku tak sedar. Aku tak ingat pun berjalan ke rumah. Yang aku ingat aku sedang mamai memikirkan tentang Adibah. Safwan duduk di sofa sedang menonton televisyen, mengendahkan perbuatan kami di situ. “Man belajarlah elok-elok nanti. Boleh ubah masa depan Man. Mak dah tak mampu. Man sorang jelah yang boleh buat,” kata-kata mak aku yang cuba untuk menyemarakkan semangat aku.

Tapi aku masih lagi keliru. Serius kata aku tak ingat macam mana aku balik ke rumah. Seolah-olah memori aku dipadamkan begitu saja. Macam pendrive yang kena format. Aku jeling ke arah Safwan. Safwan masih mengendahkan aku. Kata-kata nasihat mak aku tak ambil peduli. Suara dia tenggelam seolah-olah aku boleh melaraskan kelantangannya. Aku cuba untuk ingat balik. Tak ada. Kosong. Tak ada data yang aku boleh imbas kembali memori aku sebelum aku sampai ke rumah. Aku sakit ke?

“Ngape Man?” mak aku bertanya.
“Tak de pape mak. Mak ingat tak bila Man balik?”
“Baru tadi le. Kau balik terus bagitau mak yang kau dapat ke UKM”
“Oh ek? Man lupa”
“Ate mana idaknya. Man asyik panggil diri Man Safwan je”

Safwan? Macam mana mak aku tahu pasal Safwan? Aku panggil diri aku sebagai Safwan? Memang Safwan ke yang bawa aku balik ke rumah? Dengan apa? Naik apa? Dan yang paling misteri, macam mana? Macam-macam persoalan datang menghinggap kotak pemikiran aku. Aku menoleh ke arah sofa tapi Safwan telah hilang. Mana pula budak itu pergi?

“Macam mana mak kenal Safwan?”
“Mana le mak tau. Man yang dok sebut-sebut Safwan. Mak ingat Man tersasul sebab rindukan arwah abi Safwan Islam kau tu”

Mungkin jugalah. Aku ada juga berfikir tentang arwah sebelum aku balik ke rumah. Aku rasa itu juga salah satu faktor aku boleh berjalan tanpa sedar. Aneh. Sebab aku tak pernah alami situasi macam ini. Yang lagi aneh, kenapa aku panggil diri aku sebagai Safwan depan mak aku? Pelik.

Auntie Julie tak balas panggilan aku pada malam itu. Sepanjang malam aku menanti telefon rumah untuk berdering tetapi hampa. Kemungkinan dia begitu sibuk dengan urusan dakwahnya. Aku pun malas nak menjadi penghalang kepada orang yang membuat kerja mulia itu. Dia adalah seorang pendakwah dan aku hormati dia sejak aku kenali dia. Cuma sekarang aku agak keliru dengan para pendakwah masa kini dan pendakwah seperti auntie. Aku selalu tertanya-tanya sama ada pendakwah memang ditugaskan untuk menegakkan hukum atau menghukum?

Aku cuba untuk kontraskan Ustaz Pazli, bekas ustaz Pendidikan Islam aku, dengan arwah Dr. Islam. Sangat berbeza. Macam langit dan bumi. “Awak tau tak hukumnya haram kalau pegang perempuan? Awak boleh masuk neraka tau? Dalam kitab... (sekian sekian),” itulah yang aku dengar bila Ustaz Pazli menengking Karim dan Haliza semasa mereka berpegangan tangan di sekolah dulu. “Kau ni nak jadi apa? Allah dah jadikan kau lelaki, kau nak jadi perempuan. Itulah namanya orang yang tak bersyukur!” masa itu dia sedang menegur Sofie. Walaupun aku tak seberapa nak rapat dengan mereka, tapi aku rasa simpati. Simpati sebab Karim, Haliza dan Sofie adalah makhluk bertuhan tetapi mereka dihalau daripada mengenali Tuhan. Kenapa orang yang dah kenali Tuhan tak mahu membawa orang lain mendekati Tuhan? Patutlah ramai orang lari dari Tuhan!

“Abi, apa hukumnya kalau orang tu tak tutup aurat? Pastu main pegang-pegang lelaki?” aku tanya arwah Dr. Islam semasa arwah masih ada.
“Hmm? Hukumnya senang je. Cuba Man jawab sendiri”
“Haram?”
“Ikutkan ya. Tapi abi nak Man fikir lain sikit. Boleh?” sapa dia lembut.
“Fikir macam mana ek? Makruh ek? Habis tu?”
Arwah Dr. Islam tergelak. “Taklah Man,” arwah mengusap rambut aku. “Hukumnya, kita kena nasihat orang tu dengan penuh hikmah. Sebab, Allah kata orang yang paling baik perkataannya adalah orang yang mengajak orang lain kepada Allah. Kita nakkan Islam tersebarkan?” Aku mengangguk. Aku muda lagi masa itu. Umur dalam lingkungan 15 tahun jugalah. “Kalau nak Islam tersebar, kita kena tunjukkan keindahan Islam dekat orang lain. Bukan menghalau orang lain daripada melihat Islam”

41:33. Nombor yang aku ingat sampai mati. Arwah suka sangat bercakap tentang dalil itu. Arwah sudah cuba untuk bagi aku faham dengan ayat-ayat dalam surah tersebut. Aku bodoh, aku gagal untuk memahaminya. Itulah sebabnya aku jadi macam ini. Tak terurus, mula memberontak dan aku biarkan syaitan menakluki iman aku. Yang anehnya, lepas arwah Dr. Islam meninggal tak ada sesiapa pun yang jalankan tugasnya dalam 41:33 itu! Semua biarkan aku jadi jahat! Persetankan semua orang!

Air mata aku mula mengalir. Aku tekup muka pada bantal Hello Kitty aku. Dengar macam femininkan? Aku pun rasa macam itu. Dah lama aku tak tukar cadar dan sarung bantal. Memang dari kecil aku pakai cadar bergambar Hello Kitty. Itupun aku beli di pasar malam dengan mak aku. Murah. Bolehlah. Asalkan bercorak juga tempat tidur aku. Daripada lopong dihiasi oleh bekas-bekas air liur basi aku. Eww.

Beberapa minggu telah berlalu dan kini sudah tibanya masa untuk aku mengubah hidup aku ke tahap yang lebih baik. Mak berpusu-pusu ke luar dan ke dalam bilik, mencari pin tudungnya yang usang itu. Itu pin tudung yang aku belikan pada hari lahirnya. Sampai sekarang pin itulah yang digunakan. Padahal banyak lagi pin yang dia ada. Bangga. Pin itu sebesar syiling 50 sen lama. Memang bersinar kalau terkena cahaya matahari. Pin itu berbentuk bunga dihiasi dengan berlian-berlian palsu yang berwarna-warni. Aku beli di PKNS Bangi. Mahal juga. Aku sanggup tak makan 5 hari semata-mata untuk beli pin itu.

“Auntie Julie dah sampai?” mak tanya.
“Belum lagi mak. Japgi dia sampai la tu”

Ternyata betul. Tiba-tiba aku dengar bunyi kereta di laman rumah. Cepat-cepat aku pergi menjenguk. Auntie Julie keluar dari keretanya tanpa mematikan enjin. “Hilman! Auntie dah sampai. Jom cepat,” jeritnya dari luar. Aku mengangkat beg-beg baju aku ke luar rumah dan membawanya ke dalam bonet kereta Auntie Julie. Hari ini Auntie Julie akan temankan aku ke UKM.

Lupa aku nak ceritakan. Lepas dia balik dari Terengganu dia terus ke rumah aku. Agak segan jugalah sebab kami sudah kehabisan stok teh. Tapi dia tak kisah. Hanya datang untuk melawat saja. Sebelum dia balik aku ternampak dia berpelukan dengan mak aku di luar. Mak kesat air mata dia. Aku tak tahulah apa yang mereka bincangkan. Yang pasti, air mata mak adalah air mata gembira, bukan air mata sedih. Selalunya ayahlah yang menjadi dalang kepada kesedihan mak. Ha’ahlah. Mana ayah? Dah lama tak nampak dia. Takkan anak nak pergi universiti pun tak nak balik? Biarlah.

“Nanti kalau Hilman tak de duit nak makan, Hilman bagitau auntie tau?” sua auntie sambil menghulurkan kad ATM Maybank.
“Eh! Apa ni auntie? Pandailah saya hidup nanti,” aku menolak. Sedangkan aku nakkan kad ATM itu.
“Tak pe Man. Man amik je kad ni. Rezeki tak baik ditolak. Lagipun abi mesti nakkan Man berjaya jugak kan? Macam mana nak berjaya kalau makan pun tak cukup?” pujuk auntie.
“Ambik je la Man. Ate nanti mak nak masukkan duit untuk kau macam mana?” kata mak pula.

Perlahan-lahan aku menghulurkan tangan untuk mengambil kad ATM tersebut. Auntie menyumbangkan senyuman yang ikhlas kepada aku. Aku jadi segan. Kami sekarang berada di Kolej Aminuddin Baki. Dalam surat tawaran tulis yang aku kena mendaftar di situ. Ramai jugalah pelajar baru di sana. Jadi riuh rendah suasana di dalam lobi kolej itu. “Bilik ayo kat mana?” tanya mak. Auntie Julie pun membawa mak ke tandas dan meninggalkan aku keseorangan di situ. Kad ATM masih aku genggam. Tiba-tiba aku rasa lebih bersemangat untuk belajar sebab aku yakin ada orang yang akan bantu aku sepanjang pengajian aku. Pasti.

“Cewah. Dah jadi pelajar U. Semat lah kau pakai baju ni. Cenggini haa,” kata Safwan sambil mengangkat thumbs up. Aku tersengih. “Safwan, kau akan jaga aku kan?” kata aku. Safwan mengangguk. Keyakinan aku untuk hidup di sini bertambah marak. Aku yakin bahawa Safwan akan menjaga aku juga. Secara mental dan emosilah. Bukan dari segi fizikal. Aku rasa selamat.

Aku mengangkat beg baju aku dan mula mengatur langkah untuk ke hadapan. Tiba-tiba...

SNAP! DUM!

Keberatan beg aku telah menyebabkan talinya terputus. Beg lama, biasalah. Beg itu milik ayah yang sudah lama tak digunakan. Hampir 5 tahun tersimpan di dalam stor. Mungkin beg itu telah reput. Nasib baik tali beg. Kalau begnya yang rabak? Habis berselerak pakaian-pakaian aku nanti! Aku melutut untuk mengangkat beg itu. “Hahaha! Clumsy gila kau!” tiba-tiba Safwan bersuara di belakang aku. Babi betul kau ni Safwan. Kau boleh gelakkan aku.

“Allah,” ada seorang remaja yang bersuara di hadapan aku lalu melutut untuk menolong aku. Aku terdiam. Tak bersuara dan terkedu. Keseganan menjangkiti aku secara melampau-lampau pada ketika itu. Aku boleh rasa darah mengalir laju di pipi. Yalah, aku budak miskin berbaju lusuh. Tak setanding dengan pemakaian remaja lelaki yang sedang tersenyum di hadapan aku ini. “Kau okay tak ni? Boleh bawak?” dia bertanya. Aku hanya mengangguk dan masih tidak bersuara. Mata aku tak lepas memandang lantai. Pergilah, pergilah, pergilah. Tinggalkan aku boleh tak?

“Nama aku Muhammad Nazmi,” dia memperkenalkan dirinya sambil menghulur tangan untuk berjabat. Tampak ikhlas. Aku mula memandang wajahnya. Aku menyambut tangannya dan berjabat ringkas dan cepat. “Nama kau siapa?” tiba-tiba dia bertanya. Kenapa ambil berat sangat pasal aku? Aku lempang nanti baru kau tahu.

“Nama aku... Aku... Safwan,” eh? Mulut aku bergerak dengan sendiri.
“Safwan je?”
“Tak! Nama aku Hilman”
“Jadi, Safwan Hilman?”
“Tak, tak, tak. Hilman. Bukan Safwan,” mata aku mula meliar mencari Safwan.
“Haha! Kau ni unik lah. Nama sendiri pun boleh tersasul,” katanya sambil tersengih.

Aku pun turut tersenyum. Kelakar betul. Macam mana aku boleh tersasul? Cuma yang jadi tanda tanyanya ketika mulut aku bergerak sendiri. Macam bukan aku yang mengawalnya. Kau pernah tengok X-Men? Kan Professor X gunakan minda dia untuk kawal orang? Mungkin Safwan buat begitu pada aku. Aku tergelak sendiri. Safwan mana ada super power.

“Meh sini aku bawakkan beg kau. Kesian pulak tengok kau ni,” dia terus menyambar beg baju aku dari dakapan aku. “Jom?” dia mengajak aku untuk mendaftar. Aku mengangguk. Aku tak banyak bersuara. Mungkin aku masih segan dengan orang yang aku masih tak kenal secara mendalam.

Aku ternampak Safwan. Dia sedang bersandar pada dinding dan tersenyum sinis pada aku. Pelik. Aku tak pernah nampak muka dia macam itu. Dia macam tengah memerli aku. Kenapa?

Dia memalingkan mukanya dari aku, berjalan lalu hilang dari pandangan. Macam debu yang dibawa pergi oleh angin. Kenapa Safwan? Aku ada buat salah dengan kau ke?

Sunday, 21 September 2014

SETIA #5 (22/9/2014)

(5)

           Dentuman kepala aku disertai dengan jeritan Adibah yang histerikal. Darah bersemburan memercik pada sesiapa yang dekat dengan aku dan ianya mula mengalir seperti air sirap yang tertumpah di atas lantai. Sakitnya hanya Tuhan saja yang faham. Orang ramai mula meriuhkan suasana. “Panggil ambulans! Panggil ambulans!” mereka berteriakan. Ikmal datang mendekati tubuh aku yang kini kaku kesejukan. Dia mengambil keputusan untuk memeriksa nadi aku. Masih berdenyut. Lemah. Harapan untuk aku hidup kian malap, macam lampu suluh yang hampir kehabisan tenaga bateri. Lip, lap, lip, lap.

           Hangatnya darah aku. Sudah mengalir ke dada aku. Kau pernah tak minum air Milo suam yang mak kau buat sebelum kau pergi ke sekolah? Macam itulah suhunya. Hangat tapi tak panas sangat.

           Tubuh aku dibaringkan di atas tanah. Ikmal khuatir kalau aku tak dapat bernafas semasa meniarap. Memang betul pun. Dada aku terasa terhimpit. Mata aku berpinar-pinar. Pandangan aku macam kamera fon Sony Xperia yang masih melaraskan titik fokusnya. Blur sangat. Tapi aku boleh kenal para insan yang menatap wajah aku.

           Kepala aku berada di atas riba Ikmal. Dia memegang erat tangan aku sambil mengucup dahi aku sebagai tanda semangat. Tangan dan suhu badan dia agak selesa. Tapi kesakitan aku yang merajai badan aku. “Mengucap Hilman. Ikut aku. Asyhadu allailaha illallah”. Aku tahu macam mana mahu bersyahadah. Kemungkinan aku sedang berada dalam kesakitan yang ekstrim maka suara aku tidak mampu dilepaskan. Ataupun aku seorang pendosa tegar sampai Allah tak nak aku bersyahadah?

           Mulut aku terkumat-kamit untuk mengucapkan syahadah. Hanya bibir yang bergerak. Ikmal mengangguk sebagai motivasi kepada aku. Aku ternampak Adibah berdiri di belakang Qassim yang juga sedang melutut di hadapan aku sambil memberi semangat kepada aku untuk terus hidup. Muka Adibah nampak sayu, nampak keliru selepas apa yang terjadi pada aku. Pipi dia dibasahi dengan air matanya yang jernih. Kenapa dia perlu menangis tentang aku? Sedangkan sampai sekarang aku masih tak meluahkan perasaan aku pada dia. Aku simpan perasaan aku. Sampai mati.

           Safwan. Mana Safwan?

           Biarkan dia. Mungkin sudah mati. Itu yang aku harapkan. Agar dia tidak akan menyakiti orang lain lagi. Tapi...

           Boleh ke dia mati?

           Maaf aku terpaksa bawa kau ke tempat realiti buat sementara waktu. Aku sengaja nak kau tahu apa yang terjadi pada aku lepas aku terjun dari bangunan. Nampak gayanya kau masih berminat untuk mengetahui kisah selanjutnya. Aku masih tidak mati. Malah masih menceritakan kisah hidup aku dan Safwan kepada kau sekarang. Apa yang kau baca selama ini adalah imbasan memori aku. Aku mahu kau tahu bahawa tidak ada manusia yang sempurna. Aku juga ada cacat cela. Aku mahu kau berfikir, aku mahu kau sedar. Setiap manusia yang hidup pasti akan mati walaupun pangkatnya setinggi Obama, walaupun hartanya membukit seperti Oprah, walaupun tubuhnya sekering gelandangan. Bukti? Aku sudah tercungap-cungap menahan kesakitan. Malaikat Maut sedang menarik nyawa aku. Sakit. Aku beritahu kau sekarang. Maut amat menyakitkan. 

Sunday, 7 September 2014

SETIA #4 (7/9/2014)

(4)

Aku genggam kedua-dua belah tangan aku, sedang menenangkan diri daripada kekhuatiran yang sedang mengganggu jiwa. Sudah lama aku tak merasai kerisauan seperti ini. Yang terakhir adalah ketika aku sedang menunggu keputusan daripada doktor yang merawat mak aku 3 tahun yang lepas. Aku sedang menunggu keputusan SPM yang akan dibawa turun dari pejabat ke dewan utama nanti. Kelibat guru pengurus masih tidak kelihatan. Setiap pelajar di situ menatap pada pintu pejabat di tingkat dua. Masih tidak terbuka.

“Kau risau ke? Lek ah. SPM je kot? Belum diploma lagi,” suara Safwan memecah keheningan pada pagi itu.
“Kau diam boleh tak?” aku masih berasa tidak selesa selagi aku tidak memegang slip keputusan SPM di tangan aku.

Aku ternampak Haliza dan Karim di atas tangga yang sedang bercengkerama di situ. Geli pula aku tengok. Hampir 4 bulan aku tidak berjumpa dengan mereka sejak aku bertumbuk dengan Karim. Aku masih terasa hangat di hati apabila mereka wujud dalam darjah penglihatanku. Bodoh betul minah sundal dan mamat keparat itu. Aku nak tengok sama ada hubungan mereka akan dibawa sehingga ke jinjang pelamin ataupun tidak. Kalau ya, aku nak tengok setakat mana mereka boleh tahan dengan perangai masing-masing kalau sebelum berkahwin pun dah macam haram. Memang haram pun. Bodoh.

Sofie. Pergh. Tiba-tiba aku rindu pada dia. Menyesal pula aku tidak menerima ajakan dia untuk makan tengah hari bersamanya. Rambut Sofie sudah panjang, bajunya agak ketat sambil menjinjing beg yang bergambar watak gadis anime yang comel. Cantik pula si pondan itu. Tapi ianya tidak mengubah hakikat bahawa dia adalah seorang lelaki secara fitrahnya. Aku rasa aku nak ubah dia, bawa dia kembali ke pangkal jalan. Namun aku tidak mampu. Aku harap akan ada ahli agama yang akan mendekati dan mengubah dia. Kalau ahli agama tidak mahu mendekati aku dan menghina aku, aku redha. Tapi jangan biarkan Sofie. Kesian dia.

Pintu pejabat terbuka. Pelajar pun mendongak ke atas dan menjangkakan guru pengurus untuk keluar dari pejabat. Hampa. Makcik cleaner yang keluar dari pejabat. Sial betul. Buat orang saspen saja. “Haha! Kesian kau orang. Rileks sudahlah. Macam SPM ni hidup dan mati kau je,” kata Safwan sambil bersandar di dinding makmal sains. Aku mencebik. Geram pula aku mendengar kata-katanya. Sabar Hilman, sabar. Betul juga katanya. Aku patut tenang. SPM hanyalah sekeping kertas yang menyatakan keputusan aku. Walau apa pun keputusan aku, sama ada cemerlang atau gagal, ianya tidak akan menentukan masa hadapan aku. Yang pasti aku sudah berusaha dan teruskan berusaha untuk mencapai impian aku dan membantu mak aku di rumah.

Pintu pejabat terbuka lagi. Kali ini ada beberapa pasukan guru yang keluar sambil membawa slip keputusan SPM di dalam sampul yang kalis air. Mereka turun ke dewan utama dan menyusun atur 7 meja dan kerusi sebagai kaunter pengambilan slip keputusan. Para pelajar telah membanjiri dewan utama dan masing-masing berborak sehingga menghasilkan bunyi deruman seperti lebah atau lalat. “Senyap semua! Kalau tak cikgu takkan edarkan slip keputusan kamu!” ugut Cik Farah. Wow. Efektif. Semua pelajar terdiam selepas termakan dengan ugutan tersebut.

Slip keputusan kami disusun mengikut nombor giliran kami. Jadi guru-guru pengurus memanggil kami dengan menyebut nombor giliran kami. Aku menunggu dengan sabar. Satu per satu pergi ke kaunter untuk mengambil slip mereka. Ada yang sudah berpelukan, ada yang duduk bertenggek di tangga sambil mengesatkan air mata dan ada juga yang biasa-biasa sahaja. Aku pula? Aku tak tahu. Mungkin ambil dan pergi saja.

Slip aku sudah berada dalam peganganku. Aku masih tidak melihat keputusan aku. Tiba-tiba kepala aku jadi risau dan runsing. Safwan pula menyuruh aku untuk menyelak dan melihat keputusan aku. Aku tarik nafas dengan panjang. Bismillah. Aku membaca keputusanku dengan teliti.

Tak mungkin!? Aku sudah berusaha...!

Bahasa Melayu                                             A+
Bahasa Inggeris                                            A-
Matematik                                                    A
Sains                                                            A-
Matematik Tambahan                                   B-
Prinsip Perakaunan                                       A-
Pendidikan Islam                                          A+
Ekonomi Asas                                              A-
Sejarah                                                         A

Babi! Aku sudah bersengkang mata mengulang kaji matematik tambahan setiap malam. Dapat B-!? Sial betul. Eh lupa. Alhamdulillah. (Manusia seperti aku patut dilibas beberapa kali. Tak reti nak bersyukur)

Aku keluar dari dewan utama dan ternampak Haliza memarahi Karim. Kes apa pula kali ini? “You lah ni! Kalau you tak ajak I tengok movie malam tu, I takkan gagal BI dengan math tau? Ni semua sebab you! You yang salah!”
“I pulak yang salah? How about you? You pun ajak I pergi shopping, jumpa kawan-kawan you hari sebelum akaun! Tengok I dah gagal!”
“Asal nak salahkan I je? Yang you accepted my invitation kenapa? Kita clashlah!”
“Ok fine! Kita clash!”

Haliza meninggalkan Karim sambil menghentak-hentak kakinya. Muka Karim yang putih itu bertukar menjadi merah padam. Menahan marah yang membuak-buak kerana gadis haramnya telah meninggalkan dia. Karim jalan meninggalkan tempat itu dan terpaksa berhadapan dengan aku. Dia berhenti selepas dia berada di sebelah aku. “You were right. She is a fucking bitchy whore,” kata dia tanpa melihat aku tetapi matanya menjegil ke arah Haliza. Aku hanya tersenyum. Padan muka kau. Baru kau tahu.

“Hilman!” Sofie memanggil aku. Nasib baik mood aku okay hari ini. Bolehlah aku layan dia sekejap. Sofie berjalan seperti model ke arahku. Cantik gila catwalk dia. Mungkin dah selalu tonton siaran peragaan di televisyen. Dia ada skil, dia ada masa depan dalam bidang fesyen. “You dapat berapa?” dia bertanya. Aku hanya menghulurkan slip aku kepadanya. Dia melihatnya dengan teliti. Matanya terbeliak bangga. “Uih! Pandainya you all! Semua cemerlang. Add math pun you dapat B-. I only got D+ you know?” katanya sambil mencebik bibir tebalnya yang berkilauan disebabkan penggilap bibir yang berjenama.

“I got careless,” aku mengeluh.
“Takpe la you. You dah dapat A yang lain pun dah kira bersyukur sangatlahkan”
“Dah makan?” Kenapa tiba-tiba aku tanya soalan yang macam itu?
“Tak lagi. Nak brunch dengan I ke?”
“Jom?”Okay, aku tak kenal diri aku lagi. Kenapa tiba-tiba aku boleh ajak si pondan tu makan bersama? Bolehlah. Buat kali pertama dan terakhir.

Mi goreng aku yang berharga RM1.50 dibelanja oleh Sofie. Dia hanya makan sandwich sahaja. Aku jadi segan nak makan. Sebelum ini aku bertindak kurang ajar dengan Sofie. Sekarang dia pula yang belanja aku makan. Macam tahu-tahu saja yang aku tengah tak ada duit. Atau, dia dah mula syok pada aku? Alamak. Bersangka baik. Aku menjamah mi goreng tadi. Sofie meneliti aku makan mi. Dia tersenyum simpul. Aku jadi pelik. Apa yang kelakarnya? “First time I nampak you makan depan I,” kata Sofie. Aku tertunduk keseganan. Safwan gelak macam haram dekat belakang aku. Eh? Bila masa dia ada dekat sini? “Ooh! Ada orang tengah datinglah. Jangan kacau! Jangan kacau!” dia berbisik nakal dengan aku. Macamlah aku tak dengar. Bodoh punya Safwan.

“Diamlah bangsat!” aku berdesis.
“Apa dia?” tanya Sofie.
“Tak ada pape. Aku tercekik tadi,” jawab aku.
“You lapar ke?”
“Tak. Aku tercekik. Stop I you dengan aku. Aku tak selesa”

Sofie tersenyum dan kembali memamah sandwichnya. Kami tak banyak cakap. Banyak mendiamkan diri. Dia nak sangat makan dengan aku, jadi aku makan sajalah. Tak perlu berkata-kata. Dia mengelamun jauh, pandang kawasan padang sebelah kantin tanpa berkelip. Aku jadi risau. Aku sakitkan hati dia ke tadi? “Sorry Sofie,” aku cakap. Dia pandang aku lagi dan senyum. Walaupun secara fizikalnya sudah berubah seperti seorang perempuan, tetapi aku masih dapat merasai naluri lelakinya. Fitrah lelaki suka memikirkan masa hadapan. “I... Aku tak salahkan kau pun. Aku just nak tau whether people will accept me or not in the future. Akukan macam ni. Kalau kat sini pun orang dok kutuk aku. Apatah lagi kat luar sanakan?” tiba-tiba suaranya berubah. Tak seperti seorang pondan. Tapi kedengaran pilu. Aku macam nak kata siapa suruh kau jadi pondan tapi aku masih tak tahu side-storynya. Aku perlu dengar kisah hidupnya dulu.

“Sorry to ask lah. Kenapa kau pilih nak jadi... You know?”
“Pondan?”
“Aku tak cakap macam tu”
“Tapi maksud kau itukan?
“Aku nak cakap more feminine tapi if you put it that way,” memang aku nak cakap pondan pun tapi aku nak jaga hati dia.
“Aku tak kisah pun,” dia mengeluh panjang. “Tapi aku tak songsang macam dia orang cakap. Aku normal. Aku lembut sebab aku memang lembut. Aku cuba untuk keras tapi aku tetap berperangai macam ni. Kau nak tahu?”
“...” aku berdiam diri. Ikhlas dia meluahkan perasaan. “Tahu apa?”
“Aku anak angkat. Anak buangan. Mak ayah kandung aku orang yang memang fucked up. Mak aku pelacur kat Bukit Bintang, ayah aku ikut taiko mana entah pastu mati sebab overdose. Mak aku bagi aku kat mak angkat aku masa kecil lagi. Umur aku 5 tahun tak silap? Tambah-tambah mak angkat aku tu anak dia semua perempuan. Gedik-gedik pulak tu. Aku pun terikut-ikutlah. Aku bebudak lagikan masa tu. Aku jadi mat lembut sampai sekarang. Tapi aku bukan bapuk. Aku bukan gay. Aku straight”

Aku menarik nafas yang panjang. Akhirnya aku dapat tahu juga kisah hidup dia. Aku terasa bodoh pula sebab menilai dia dengan ekstrem. Mungkin aku pun sama macam golongan agamawan di luar sana. Selalu menilai sebelum mendengar. Aku kena berubah. Kira okaylah Tuhan masih bagi peluang pada aku untuk mendengar rintihan hati seorang bapuk... err, lelaki pondan, tak tak tak, lelaki lembut. Okay, aku kena berhenti panggil dia dengan gelaran-gelaran macam itu. Mungkin ada juga yang berubah disebabkan dengan kejadian traumatik yang menyebabkan mereka mengambil jalan songsang ini. Aku berasa simpati pada Sofie. Wajar ke kalau aku panggil dia Sofie lagi? Tapi dia yang suruh.

“Bodohlah kau ni,” aku bersuara. Sofie memandang aku dengan pandangan yang tajam. Dia seperti tidak percaya dengan kata-kata aku sebentar tadi. Aku kisah apa? Janji I make my point. “Kau rasa kau sorang je yang ada problem macam tu? Sedarlah. Entah-entah orang yang kau anggap happy pun sebenarnya fucked up dengan kehidupan dia orang. Tapi takdelah dia orang nak pakai baju ketat seluar legging macam kau. Serius, kalau kau rasa kau normal, kau tak buat macam ni. Kalau kau rasa kau lelaki, kau akan jadi jantan walaupun kau lembut. Ni tak, kau panggil diri kau straight, kau tak gay, kau lelaki, tapi pakaian kau macam haram, kau suruh orang lain panggil kau Sofie. Kau boleh je berubah. Aku yakin. Tapi kau je yang tak nak berubah. Tuhan bagi setiap manusia dua pilihan jalan sama ada baik atau buruk. Kau pilih jalan ni sebab kau masih lagi tenggelam dengan ego kau,” hebat aku bagi taklimat. Ganas. Aku lupa yang dia belanja aku makan. Biarlah.

Sofie memalingkan mukanya dari aku. Mukanya merah. Macam nak marah aku. Mata pun sudah berair. Mungkin sedang menahan marah yang membuak-buak di jiwa. Kesian pula aku tengok Sofie macam itu. Teguran aku agak beyond the line. Aku sudah menyakiti hati dia yang feminin itu. Nak minta maaf atau tidak? Tak perlu. Biar dia faham apa yang aku cuba sampaikan. Aku menoleh ke tempat lain. Tak sanggup nak lihat muka dia yang kemerahan itu.

“Aku nak bla dulu. Kau fikir-fikirkanlah. Aku malas nak cakap dengan kau lagi. Kalau kita jumpa lepas ni, aku harap kau ubahlah kepondanan kau tu,” aku berdesis dengan kasar lalu mengangkat beg dan jalan pergi meninggalkan Sofie. Serius kata, lepas insiden aku tegur Sofie aku jarang sangat berjumpa dengan dia. Dia sudah tak berjalan-jalan di sekitar kampung dengan payung pink beriben dia itu. Aku kadang-kadang terfikir juga. Dia tak kisah ke bila orang kampung tengok dia jalan berlenggok lebih teruk daripada seorang gadis? Macam mana dia memekakkan telinga? Kalau aku dah lama aku baran.

Safwan tersengih melihat muka aku yang macam baru minum cuka masam. Aku tahu dia nak bahan aku sebab makan bersama Sofie. Aku diamkan diri. Lantaklah dia nak kata apa janji aku dah berusaha untuk mengubah Sofie. Mungkin cara aku juga tak ubah seperti para Islamis Melayu. Kasar, keji, hina. Mungkin aku juga bersikap tipikal seperti mereka. Apa boleh buat? Mungkin sudah mengalir darah Melayu dalam urat aku. Aku teringin nak jadi Islam. Setakat Melayu tapi tak beradab, memang sia-sia saja. Wahai pembaca cerita aku, berhentilah kamu menjadi seorang Melayu yang tipikal!

“Best dating dengan pondan? Kenapa kau tak cium dia je? Hot kot dia tu. Kau tak payah fikir pasal apa yang dia ada dalam seluar. Janji hot!”
“Kau ni memang macam haram kau tau tak? Kau pernah approach dia tak? Kau pernah dengar life story dia?”
“Eh lek ah. Aku gurau je kot. Aku tau kau straight. Kau jangan risau. Ke... kau dah syok kat aku? Tu yang kau dok berkepit dengan aku je,” Safwan bergurau.
“Babilah kau Safwan! Fuck betul!” aku rasa geram dengan Safwan tapi akhirnya termakan dengan gurauan bodohnya.

Tiba-tiba aku teringat peristiwa aku dengan Cikgu Syamil di dalam bilik kaunseling. “Siapa Safwan?” berdengung soalannya di telinga aku. Sebenarnya peristiwa itu berakhir dengan rasional. Aku jawab soalan dia dengan tepat dan meyakinkan. Aku perlu beritahu kau tentang sesuatu. Nanti aku beritahu bila sudah tiba masanya nanti. Kau ingat lagi tak yang aku cakap aku seorang yang special? Well, the truth is I am but in a very strange perspective.

Melonjak gembira aku bila aku nampak mak aku tengah menyapu laman rumah dengan penyapu lidi yang sudah rapuh. Tak sabar nak beritahu dia yang aku cemerlang dalam SPM. Doa dia dikabulkan sebab dia ahli syurga. Aku selalu berbual dengan Tuhan dan minta Dia untuk jadikan mak aku sebagai ahli Syurga di akhirat nanti. Sebab apa? Neraka telah pun sampai menghancurkan kehidupan dia di dunia. Biar dia mati dan dibawa ke Syurga. Biar dia berehat. Dia sudah penat. Mak pandang aku dengan senyuman yang lemah. Selalunya aku akan rasa sedih tengok senyuman dia. Kali ini aku jadi lebih bersemangat nak menyampaikan khabar yang akan menggembirakan hati dia. Aku yakin.

Aku berdiri di hadapannya. Dia melangut kerana aku seorang remaja yang tinggi. Dalam 175cm jugalah. Tapi kurus macam orang gelandangan. Mungkin disebabkan kemiskinan aku yang tak mampu nak makan 3 kali sehari seperti mana pakar nutrisi sudah sarankan kepada aku berkali-kali bila aku pengsan di dalam kelas. Tapi aku dah lali. Aku dah tak kisah. Aku dah tak layan sangat dengan nafsu lapar aku. Makan sebab nak hidup saja. Aku menyerahkan slip keputusan aku kepada mak. Mak baca dengan teliti.

Mak peluk aku seerat-eratnya. Air suci mengalir dari matanya. “Tahniah Man! Mak bangga dengan kau! Kau jangan berhenti berusaha. Kau jangan sombong,” aku balas pelukannya. Drama melankolis kami disaksikan oleh Safwan yang sedang berdiri di bawah pokok mangga yang redup. Aku juga nampak muka dia yang tersenyum bangga. Dia angkat ibu jarinya. Aku senyum.

Kau pernah tak berada di dalam lorong yang gelap dan tiba-tiba kau nampak satu cahaya di hujung lorong itu? Macam itulah mata mak aku selepas dia melihat keputusan aku. Mata dia yang selama ini di dalam kegelapan dan akhirnya membuahkan satu cahaya harapan dan kebanggaan disebabkan aku mendapat keputusan yang cemerlang. Bukan sebab keputusan itu saja, tapi dia seakan-akan ada segumpal harapan yang aku akan berjaya pada masa hadapan. Pernah satu malam aku tertidur di ruang tamu sebab penat mengulang kaji subjek Ekonomi Asas. Aku terdengar dia menangis teresak-esak sambil menadah tangannya. Mak aku rajin buat solat tengah malam. Doa dia selalu untuk aku. Kejayaan aku di dunia dan di akhirat disebut-sebut selalu. Kadang-kadang masa tengah memasak pun dia akan mendoakan benda yang sama.

Mak sudah banyak berubah. Dulu dia juga seperti aku. Kurang kesabarannya. Selepas dia berjumpa dan bekerja dengan Auntie Julie, perwatakannya terus berubah menjadi lebih baik. Mula ingat Tuhan, mula percaya dan yakin kepada Tuhan. Auntie Julie selalu memberi nasihat dan teguran kepada mak. For short, Auntie Julie bukanlah macam majikan-majikan yang lain. Hanya bagi kerja dan gaji. Auntie Julie mampu mengubah orang. Dialah yang selalu beri semangat kepada mak untuk tabah meneruskan hidup walaupun dihimpit dengan masalah yang selalu datang.

Cakap pasal Auntie Julie, aku mesti beritahu dia berita gembira ini. Bukan untuk riak, tetapi untuk menunjukkan hasil doanya pada aku. Auntie Julie juga tak kurangnya macam mak aku. Maksud aku, dia bersifat keibuan. Aku memang selesa dengan dia. Pada petang itu aku berjumpa dengan insan mulia tersebut. Aku tunggu Auntie Julie untuk menjemput aku masuk di luar pagar lepas aku membunyikan loceng. Laju Auntie Julie pergi datang pada aku dengan lirikan senyuman di bibirnya. Suka dia tengok aku di situ. Aku diajak masuk ke laman rumah.

“Tak pe auntie. Saya kejap je ni. Nak bagitau yang saya dapat cemerlang dalam SPM,” kata aku.
“MasyaAllah!” sambil tengok keputusan aku. “Alhamdulillah! Nanti boleh sambung U. Tahniah auntie ucapkan. Nanti auntie bagi hadiah ye?”

Tak sempat aku nak berdalih dengan tawarannya, ada seorang perempuan turun ke rumah mendapatkan Auntie Julie. Tak pernah aku nampak perempuan itu sebelum ini. Muda, mungkin baya aku. Nak kata cantik pun kira okaylah untuk taste aku. Dia bertudung bawal bidang 60 dan cermin matanya macam Harry Potter. Besar. Agaknya dia single tak? Soalan bodoh. Dia bawa telefon bimbit kepada auntie. Mungkin ada orang call dia masa aku sedang berbual dengan dia.

“Ummi, ada orang call,” kata dia. Oh, dia panggil Auntie Julie ummi. Aku agak perempuan ini memang rapat dengan auntie. Gelaran ummi itu untuk orang yang auntie sayang dan rapat saja. Perempuan itu menjeling ke arah aku selepas dia menyerahkan fon kepada auntie. Macam tak puas hati dengan aku saja. Aku pun buat muka toya aku. Dahlah tak kenal, menjeling-jeling pula. Mengada-ngada betul perempuan ini.

“Eh, dia dah letak,” kata auntie lalu menyerahkan kembali fon kepada perempuan itu. “Adibah pergi masuk dulu. Nanti ummi datang ye?” katanya lembut. Oh, nama dia Adibah. Comel, macam tuannya juga. Tapi gedik. Dia tak pandang aku dan terus masuk ke banglo yang besar tanpa melihat belakang. Rasa macam terkilan juga bila dia sudah masuk. Hot juga Adibah itu.

“Sorry. Kat mana dah kita tadi?” tanya auntie.
“Saya lupa”
“Takpelah. Yang tadi tu namanya Adibah. Dia pun baru ambil slip SPM dia. Macam Hilman jugalah”
“Dia dapat berapa?” tiba-tiba aku rasa macam nak tahu.
“Boleh tahan jugalah. 10A. Auntie tak ingat plus minusnya”

Pergh! Boleh tahan minah tudung bawal tu! 10A kot? Jealous aku dibuatnya. SPM aku cacat pada matematik tambahan saja. Kalaulah aku dapat A juga mesti lagi best. “Dia pun auntie suruh masuk UKM je. Dekat dengan auntie,” sambung auntie. Aku nak masuk UKM jugalah. Boleh tolong jaga dia untuk auntie. Yalah sangat. Entah-entah aku yang melebih-lebih.

“Okaylah auntie. Saya nak balik dulu,” kata aku.
“Okay. Bila result UPU keluar?” tanya auntie.
“Dalam 3 bulan lagi kot? Nanti keluarlah tu. Harap dapat kat UKM la”
“Kalau dapat kat UKM bagitau kat auntie tau? Nanti auntie bagi nombor fon senior kat sana. Takdelah Hilman alone kat sana nanti. Tau?”

Aku mengangguk.Sebenarnya lagi bagus kalau aku berseorangan. Aku malas nak jadi perhatian orang ramai. Tambah-tambah lagi masa hidup dalam kampus. Semua orang kalau boleh nak menyerlah masa semester 1. Gila perhatian. Nak mencapap (cari publisiti). Lepas dapat pangkat, poyo nak mampus. Arah orang macam dialah big boss, tak fikir perasaan orang lain. Muka pun macam nak kena belasah saja. Dan yang menyedihkan adalah selalu mengajurkan program yang kononnya memberi manfaat kepada para siswa dan siswi tetapi hakikatnya kurang bermanfaat malah membazir masa siswa dan siswi serta menghalang mereka untuk mengejar tujuan hidup mereka. Bangun, tidur, makan, kelas, kerja. Macam itulah setiap hari. Macam robot. Habis masa hidup kau di universiti saja. Salah sistem atau salah diri sendiri sebab tak sedar? Itu kau tanya diri kau sendiri. Aku pun masih mencari jawapan.

Lagipun kalau aku berseorangan Safwan akan temankan aku sepanjang hidup aku di kampus. Itupun kalau dia dapat masuk universiti sama dengan aku. Aku yakin dia akan masuk U dengan aku sebab dia sanggup buat apa saja demi aku, demi bersama aku. Setia, satu perkataan yang aku boleh menggambarkan dia. Kau boleh merasai nikmat persahabatan bersama dia (itu pun kalau dia ada bersama kau). Aku tak tahu apa yang istimewanya tentang aku tapi Safwan selalu bersama aku dan dia suka berkawan dengan aku. Dia macam aku juga. Seorang yang pendiam, tak suka bersosial dan agak ganas. Cakap pasal Safwan. Mana dia?

Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati. Macam ada sesuatu yang tak kena. Aku ligatkan kaki aku berjalan menuju ke rumah. Rumah aku dengan rumah Auntie Julie tak jauh mana pun. Kalau jalan kaki dalam 15 minit akan sampai. Selalunya aku ke rumah auntie naik basikal. Kali ini aku rasa macam nak jalan kaki. Berjalan kaki adalah hobi aku dulu-dulu. Dulu aku boleh berjalan laju. Sekarang agak lambat kerana sudah tak biasa. Aku rasa lelah bila berjalan laju untuk balik ke rumah sekarang. Tambahan dengan hati aku yang secara tiba-tiba rasa gelisah.

Patutlah. Aku ternampak selipar Crocs cetak rompak milik ayah di luar rumah. Sial. Mesti dia nak minta duit dekat mak lagi. Serius kata, kalau dia sakiti mak, aku tak akan teragak-agak untuk menamatkan riwayatnya. Siaplah. Aku berlari terus ke pintu hadapan. Dengan amarah yang melonjak-lonjak, darah sudah mengalir ke muka, hangat terasa lalu aku tanggalkan selipar aku dan cari ayah di sekitar rumah. Tak jauh pun. Dia sedang duduk di sofa lusuh berwarna kuning muda.

“Ayah!” nak kata jerit pun tak juga. Aku hanya mengeluarkan suara yang keras.
“Man”
“Mana mak?”

Mak menyelak tirai dan keluar dari bilik tidurnya. Okay, tak ada lebam, tak ada luka, tak menangis. Ayah masih tak pukul mak lagi. Tapi apa yang ayah nak? Selalunya balik rumah nak minta duit saja. “Ngape man?” tanya mak. Aku tersentak dengar suara dia. Aku sedang mengelamun sebenarnya. Membayangkan ayah sedang memukul mak bagai nak rak. Tapi tak berlaku seperti mana aku bayangkan pun. Mungkin sudah terlazim dengan adegan macam itu.

“Tak. Man jumpa auntie tadi. Tunjuk kat dia keputusan Man,” aku jawab untuk cover.
“Meh sini aku nak tengok keputusan kau,” tiba-tiba ayah bersuara.

Perlahan-lahan aku keluarkan slip aku dan serahkan kepada dia. Dia hanya mengangguk dan mencebik. Kemudian dia serah kembali slip itu kepada aku. Apa motifnya? “Kau nak sambung belajar ke Man?” tanya ayah. Aku hanya mengangguk, tak ada nafsu untuk bersuara. Ayah mengangguk lagi. “Pergilah kau. Jangan jadi cam aku. Tentu-tentu masuk neraka,” bingkas dia bangun dan menghelakan nafas. Oh, ada parut di dahinya. Teringat pula insiden aku memukul dia di luar rumah. Tiba-tiba aku berasa bersalah sebab tak pernah minta maaf dari dia. Dia mula berjalan ke pintu rumah, menyarungkan selipar Crocs yang hampir terkoyak itu dan berjalan pergi. Tak nak duit ke? Jahat aku.

Mak mengeluh dan mengerutkan dahinya. “Haih. Itu le ayah kau Man. Dia tu baik sebenarnya. Dia bangga dengan Man. Kau maafkan je dia tu. Usoh kau kenang-kenangkan lagi. Kome tu sedarah sedaging. Buruk mana pun ayah kau, dia tetap ayah kau. Dia tersalah ambil jalan je tu. Doakan je la kat dia,” nasihat mak. Betul cakap mak aku. Mungkin aku sudah melampaui batas sampai mengugut ayah aku sendiri. Setakat pukul dia untuk melindungi mak tak salah kot? Entahlah. Tak apa, benda sudah lepas. Jangan dikenangkan lagi. Baiklah mak, Man doakan untuk ayah. Mana tahu dia boleh berubah.

“Assalamualaikum cinta!” tiba-tiba ada suara yang memanggil dari luar rumah. Aku jenguk ke luar rumah. Dah agak sangat dengan perangai bodoh-bodoh itu. Safwan sedang tersengih dan melambai-lambai ke arah aku. “Waalaikumussalam bodoh! Celaka kau ingatkan aku kat cerita gedik tu!” Safwan tergelak-gelak. Aku menyarung selipar dan berjalan ke arahnya. Kemungkinan besar dia nak ajak aku keluar bersama pada malam ini. Aku dah dapat baca fikiran dia sebelum dia berkata-kata. Maklumlah, aku faham dia.

“Kau free tak malam ni?” tanya Safwan.
“Kau nak ke tasik belakang masjid tu ke?”
“Jom? Kita lepak kat sana. Lagipun  lepas ni budak pandai nak masuk U,” seraya dia berkata.

Ada satu tasik di belakang masjid. Memang sunyi pada waktu malam. Aku dan Safwan akan ke sana kalau kebosanan. Aku suka melepak dengan dia di sana. Kadang-kadang sesi meluahkan perasaan akan berlaku. Tapi yang paling banyak meluahkan perasaan adalah aku. Aku pun tak tahu. Selalunya aku ego tak nak beritahu orang tentang masalah aku. Namun bila dengan Safwan aku akan berkongsi dengan selamba dan kadang-kadang boleh jadi sesi tangis-menangis. Memang perlu pun sebab tak ada orang yang memahami aku. Tak ada orang yang prihatin dengan aku, nak tanya khabar aku, nak datang melawat aku, nak sumbangkan belas kasihan. Tak ada. Semua sibuk dengan urusan sendiri dan menghiraukan masyarakat setempat. Mereka tak tahu apa yang aku sedang lalui. Bila aku terfucked up, mereka akan salahkan aku, bukan nak mendidik aku. Inilah realiti masyarakat Melayu. Tak pernah menolong tapi tahu melolong tentang aib orang.

Aku bukan mahukan van Bersamamu TV3 datang ke rumah lepas itu menceritakan penat jerih keluarga aku di televisyen. Pada aku program itu agak relevan kerana ianya menayangkan sikap orang Melayu yang kurang prihatin dengan orang miskin. Pernah nampak kaum lain masuk Bersamamu? Tak pernah. Kuranglah paling-paling tidak pun. Majoritinya Melayu. Kenapa? Tak tahu. Kau fikirkan sendiri. Ada saja kami minta bantuan dari pihak-pihak kerajaan dan sebagainya tapi mereka layan kami seperti anjing. Hina sangat orang miskin yang ingin mencari secupak beras. Adillah sangatkan? Mungkin ada yang menyalahkan kerajaan. Ini lagi satu sikap tipikal bagi penyokong pembangkang. Suka membangkang tetapi tidak pernah nak menyumbangkan kudrat untuk membantu. Ada saja orang kuat pembangkang di kawasan kampung ini. Namun hidup aku tetap melarat. Apa bantuannya? Nasiblah ada orang sebaik arwah Dr. Islam dan Auntie Julie. Mereka neutral dan mereka menyokong apa yang benar dan tolak apa yang tak sepatutnya. Mungkin keneutralan mereka membuatkan mereka boleh memikirkan perkara relevan dan rasional serta membolehkan mereka untuk bergerak dan membantu orang susah macam keluarga aku kerana mereka tak terikat dan tak paranoid dengan parti masing-masing dan tak bertuhankan dengan pemimpin-pemimpin parti tersebut. Pada pendapat akulah. Pendapat kau aku tak tahu. Aku tak minta kau sokong dengan pernyataan aku. Tapi aku nak kau berfikir. Mungkin ada betulnya kata-kata aku ini tapi mungkin aku salah sehingga kau boleh renyukkan penulisan ini dan buang ke dalam tong sampah. Aku tak kisah. As long as I have made my point.

Malam itu agak dingin. Tegak semua bulu roma aku. Langit mendung. Bintang kurang kelihatan. Aku lihat ada sekumpulan kelip-kelip bermain-main di tebing tasik. Safwan baring di sebelah aku sambil menatap langit malam. Kami berbual panjang. Aku pun tak sedar berapa lama kami di situ. Agaknya sudah tengah malam sebab terdengar anjing-anjing bersahutan.

“Uish! Kau tak takut ke?” kata Safwan.
“Taklah. Buat pe nak takut?”
“Macam werewolf kat Twilight. Nanti dia baham kau”
“Woi! Movie tu gay kot?” aku tergelak.
“Tapi aku suka tengok sebab Alice hot gila kot?”

Begitulah perbualan kosong kami sepanjang malam itu. Mungkin agak membuang masa tapi membuatkan aku bahagia. Biarlah aku bersendirian dengan Safwan. Dia seorang pun sudah cukup untuk membahagiakan aku sampai mati. Well, maybe I will get married one day but it won’t change the fact that he will make me happy too. Hmm... Aku terus terfikir pasal kehidupan di kampus. Macam mana kalau aku dan dia tak dapat bersama? Apa yang akan jadi pada persahabatan kami? Aku nak tanya dia soalan itu tapi aku takut dia terpatah hati. Kalau dari sudut rasionalnya, aku perlu tanya sebab aku nakkan jawapan (tak kira bagus atau tak) supaya aku boleh bersiap sedia untuk menghadapinya.

Suasana menjadi sepi. Hanya cengkerik saja yang berbunyi. Aku ingatkan Safwan sudah terlelap. Kalau dia tertidur macam mana aku nak balik? Takkanlah aku nak tinggalkan dia seorang diri dekat sini? Ini pun mak aku sudah beberapa kali missed call aku. Risau agaknya. Aku hantar mesej kepadanya untuk beritahu yang aku akan balik tak lama lagi.

Safwan masih tak tidur, masih menikmati langit malam. Aku menunggu dia untuk bersuara. Kalau dia bersuara mungkin kami akan berbual tentang topik lain. Hati aku dah meronta-ronta untuk tanya dia soalan tadi. Lama dia mendiamkan diri.

“Kau ingat lagi tak Cikgu Syamil tanya kau pasal aku?” tiba-tiba dia bersuara.
“Ingat,” aku jawab sepatah.
“Kau rasa kita akan terpisah tak satu hari nanti? Yelah, kau pun nak ke U lepas ni. Nanti kau mesti lupakan aku”
“Safwan, tak”
“Baguslah”

Diam sebentar.

“Kenapa kau perlukan aku dalam hidup kau?” tanya Safwan lagi.
“Sebab kau kawan aku,” aku jawab.
“Ramai lagi yang ada...”
“Sudahlah Safwan,” aku mencelah.

Diam lagi.

“Nanti aku doa kat Allah supaya Dia jaga kau. Aku tak mampu nak jaga kau sepanjang masa,” Safwan menyambung.
“Thanks”
“Aku nak tanya sikit boleh?”
“Apa?”
“Kau tak takut ke kalau orang fikir yang kau gila?”
“Kenapa kau tanya macam tu?”
“Akukan kau?”

Aku terdiam.

“Aku tau,” aku menjawab.
“Aku tak boleh bersama kau selalu”
“Diamlah!” aku menengking.

Safwan mendiamkan diri.

“Tolonglah jangan tanya aku soalan macam tu lagi. Boleh? Jangan jadi bodoh. Boleh?” sedangkan aku yang nak tanya soalan itu tadi. Baru aku tahu betapa peritnya apabila diajukan soalan begitu.
“Tapi kau tak boleh lari dari kenyataan”
“Aku tau tapi...”
“Kau kena terima hakikat yang aku adalah kau”
“...”
“Aku tak wujud Hilman. Satu hari nanti kau kena lepaskan aku”

Kau sudah faham? Selama ini Safwan tak lain tak bukan hanya sebagai satu imaginasi aku. Aku saja yang boleh nampak dia, aku saja yang boleh bercakap dengan dia. Cuma aku tak boleh nak sentuh dia sebab dia tak wujud. Dia bukan manusia, hanyalah bayangan aku saja. Lepas kehilangan arwah Dr. Safwan Islam, aku terus merasakan bahawa aku sudah tiada tempat bergantung. Aku hilang harapan. Aku hilang seorang bapa yang begitu prihatin pada aku. Selepas insiden mak aku dihantuk oleh ayah aku sehingga pitam, aku terpaksa mewujudkan satu entiti dari kotak fikiran aku untuk melindungi emosi aku. Aku terdesak dan aku hanya boleh percaya pada diri aku sahaja. Sejak dari hari itu aku terus ketagih dengan kewujudan dia dan menganggap dialah sahabat yang paling sempurna dan setia untuk aku kerana Safwan adalah aku. Aku sudah malas melayan karenah manusia sebab pada aku mereka adalah satu makhluk yang menyusahkan.

Safwan adalah aku, secara langsung dan tidak langsung yang menyumbang kepada keputusan aku, emosi aku dan juga fikiran aku. Aku hanya berinteraksi dengan diri sendiri. Tetapi aku bukan orang gila. Aku sedar bahawa Safwan hanyalah satu bayangan dan tidak wujud pada mata kasar orang lain.

Aku duduk menghadap Safwan. Begitu juga dengan dia. Dia senyum bila melihat aku senyum. Aku mengangkat tanganku perlahan-lahan dan cuba untuk menyentuh pipi Safwan. Ya. Tangan aku terus tembus ke dalam pipinya. Dia bagaikan imej yang dihasilkan oleh projektor LCD dan bila kau berjalan di hadapan projektor itu pasti kau akan menembusinya. Aku tak rasa sedih. Bahkan aku rasa gembira dan bangga sebab aku berjaya melindungi emosi sendiri dengan mewujudkan Safwan dalam hidup aku. Aku mampu berdikari dengan Safwan. Aku kenal rupa manusia dengan Safwan. Dia sudah membantu aku untuk hidup. Itu yang kau jangkakan untuk aku meninggalkan dia?

“Janji dengan aku boleh?”
“Apa?”
“Setia dengan aku”
“Janji,” kata Safwan sambil tersenyum.

Aku kembali baring melihat langit berseorangan dengan entiti yang dicipta oleh imaginasi aku sendiri. Tenangnya. Perlahan-lahan kelopak mata aku terasa berat. Aku tertidur di dalam dakapan Safwan.